MAIPs tawar lima biasiswa kepada setiap 20 negara Asia Pasifik berjumlah RM200,00 - Utusan Malaysia

MAIPs tawar lima biasiswa kepada setiap 20 negara Asia Pasifik berjumlah RM200,00

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 3 Nov. – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menawarkan sebanyak lima biasiswa kepada setiap 20 buah negara Asia Pasifik yang mengambil bahagian di dalam Persidangan Dakwah Serantau Kali ke-6 di negeri ini, tahun ini.

Pemberian biasiswa itu sekali gus membolehkan para pelajar yabg terpilih, menyambung pengajian mereka di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) untuk tempoh tiga tahun.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, melalui kerjasama yang bertujuan untuk meningkatkan aktiviti dan progam dakwah itu, MAIPs juga akan menyumbang sebanyak AS$2,500 (RM10,400) kepada setiap negara berkenaan.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan persidangan tahunan tersebut yang di Dewan Warisan di sini, semalam.

Keberangkatan tiba baginda ke program anjuran Hidayah Centre Foundation (HCF) dengan kerjasama MAIPs itu, disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Pengerusi HCF, Muhammad Abdullah@Nicholas Sylvester.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan pendakwah dari Jepun, Kyoichiro Sugimoto.

Dalam titah baginda lagi, Tuanku Syed Sirajuddin mengingatkan agar segala konflik politik dan pelbagai tohmahan berkenaan Islam, ditangani dengan sebaik mungkin oleh seluruh umat.

Dalam pada itu, persidangan tersebut telah dilaksanakan sejak 2014 lagi.

Ia menghimpunkan para pendakwah dari negara-negara Asia Pasifik bertujuan untuk memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama antara mereka.

Pada kali ini, seramai 128 peserta mengambil bahagian manakala 15 orang lagi adalah dari negara-negara pemerhati. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN