SHAH ALAM 18 Nov. – Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berharap partinya di bawah kepimpinan Presiden baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa membuat sebarang keputusan penting secara kolektif melibatkan kesemua pemimpin utama. Beliau berkata, komitmen itu akan memastikan setiap pemimpin PKR bercakap dengan nada yang sama dalam apa jua isu. “Di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar, saya harap pemimpin kita dapat berganding bahu dengan membuat keputusan yang kolektif agar kita semua bercakap dalam nada yang sama,” katanya. Beliau berkata demikian ketika memberi Ucapan Penggulungan Ketua Wanita PKR dalam Kongres Nasional…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya