SEREMBAN – Mahkamah Tinggi Seremban hari ini mengisytiharkan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah batal dan tidak sah. Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Azimah Omar yang mengarahkan satu Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan serta merta di kerusi itu yang sebelum ini dimenangi oleh Mohamad tanpa bertanding. Petisyen ke atas kerusi DUN…










