Mahathir lawat Zainuddin di Hospital Putrajaya - Utusan Malaysia

Mahathir lawat Zainuddin di Hospital Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menziarah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang sedang menjalani rawatan di Hospital Putrajaya di sini. Mahathir tiba kira-kira pukul 1 petang dan berada di hospital berkenaan kira-kira 20 minit. Zainuddin,79, mendapatkan rawatan di hospital berkenaan sejak 12  November lalu setelah anggota keluarganya bimbang keadaannya setelah beliau mengadu sakit dada dan lelah sebelum pihak hospital menempatkannya di Unit Rawatan Rapi (ICU)  setelah dikesan paru-parunya berair.  Turut berada di hospital ialah isteri, anak dan cucu Zainuddin. – Bernama 

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN