KUALA LUMPUR 4 Nov. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berharap pertembungan antara dua tokoh, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini tidak lagi mengulangi peristiwa hitam politik negara 20 tahun lalu yang mendorong kepada perpecahan rakyat terutama orang Melayu. Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, seandainya peristiwa pada 1998 berulang, ia diibaratkan seperti gajah sama gajah berjuang, semut yang dipijak yang akhirnya menjejaskan kepentingan rakyat.…










