Mahathir adakan pertemuan dengan rakan sejawatan - Utusan Malaysia

Mahathir adakan pertemuan dengan rakan sejawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 15 Nov. – Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual mengadakan tiga mesyuarat dua hala di luar kerangka Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di sini hari ini.


Beliau akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Australia Scott Morrison, disusuli pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc dan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern.


Dr Mahathir juga akan menghadiri beberapa mesyuarat lain berkaitan sidang kemuncak berkenaan – Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Sambil Bersarapan ASEAN-India, Sidang Kemuncak ASEAN-AS Keenam, Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga dan Sidang Kemuncak Asia Timur.


Sebelum berlepas pulang ke tanah air, Dr Mahathir akan menghadiri upacara penutup Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di bandar raya pulau ini dan penyerahan jawatan Pengerusi ASEAN kepada Thailand. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN