Mahasiswa jalan kaki ke Parlimen - Utusan Malaysia

Mahasiswa jalan kaki ke Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Seramai 20 mahasiswa daripada pelbagai universiti tempatan berjalan kaki sejauh sembilan kilometer ke Parlimen bagi membantah penetapan jadual pembayaran balik hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang digariskan dalam Belanjawan 2019.

MUHAMMAD FAIZUDDIN MOHD. ZAI
MUHAMMAD FAIZUDDIN MOHD. ZAI 

Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Muhammad Faizuddin Mohd. Zai berkata, kesemua mahasiswa yang berjalan kaki dari Universiti Malaya, di sini walau bagaimanapun kecewa apabila mereka dilarang masuk ke bangunan Parlimen.

“Kami ingin memberitahu kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa beliau seorang yang hipokrit. Beliau melontarkan suara demokrasi tetapi membiarkan kami berjalan kaki sejauh sembilan kilometer dan tunggu di tepi jalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seolah-olah kami tidak ada apa-apa. Ya, memang kami tiada apa-apa, bukan seperti syarikat besar yang boleh melobi kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya kepada pemberita di hadapan bangunan Parlimen, hari ini.

Pada 2 November lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan dalam Belanjawan 2019 berkata, pembayaran balik PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara dua peratus hingga 15 peratus dari pendapatan bulanan peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×