LTAPP perlu pelan sementara hadapi masalah berbangkit - Utusan Malaysia

LTAPP perlu pelan sementara hadapi masalah berbangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 13 Nov. – Kerajaan negeri disaran mewujudkan satu pelan sementara bagi menghadapi dan menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini ketika ini.

Ong Ah Teong (DAP-Batu Lanchang) berkata, antara masalah itu adalah banjir, kelebihan kapasiti, kesesakan termasuk kesukaran mendapatkan tempat letak kenderaan, kebersihan tandas, isu bumbung dan sebagainya.

Katanya, pelan itu penting sebagai alternatif kepada pelan pembinaan dan naik taraf lapangan terbang baharu dan sedia ada oleh Kerajaan Pusat dan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB).

“Saya percaya kebanyakan masalah yang dihadapi ketika ini juga berpunca daripada reka bentuk lapangan terbang ini.

“Jadi, saya berharap kerajaan negeri dapat bekerjasama dengan MAHB untuk mencari kontraktor dan arkitek yang berkualiti dan berkaliber untuk tujuan itu,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN