Lorong Buku di Laman Seni 7 esok - Utusan Malaysia

Lorong Buku di Laman Seni 7 esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Orang ramai dijemput untuk berkunjung ke program Lorong Buku bertempat di Laman Seni 7, Shah Alam, Selangor esok.

Pihak penganjur dalam satu kenyataan memaklumkan, program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Kota Seni Shah Alam itu bermula pukul 11 pagi hingga 6.30 petang.

“Pengunjung boleh menyaksikan pelbagai aktiviti seni, budaya dan ilmu antaranya persembahan puisi, kuiz interaktif, tarian, angklung dan busker.

“50 pengunjung bertuah berpeluang memenangi hadiah misteri dengan mengikuti akaun Facebook dan Instragram Kota Seni Shah Alam serta swafoto,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN