Lori roti terbakar, pemandu selamat - Utusan Malaysia

Lori roti terbakar, pemandu selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 28 Nov. – Sebuah lori membawa muatan roti jenama Gardenia terbakar di bulatan Bukit Chedang di sini awal pagi tadi.

Kepala lori tiga tan itu rentung namun bahagian badan kenderaan berjaya diselamatkan bomba.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Md. Munawir Md.Yusoff berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.40 pagi.

“Ketika kejadian lori itu dalam perjalanan dari Rasah untuk menghantar roti ke sebuah pasar raya di Seremban 2. Bagaimanapun, bahagian enjin lori itu didapati mengeluarkan asap apabila tiba di tempat kejadian.

“Pemandu, Zaidi Zakaria, 37, sempat menghentikan lori dan menyelamatkan diri,” katanya di sini hari ini.

Md. Munawir berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 5.56 pagi dan tiba di lokasi tiga minit kemudian.

Menurutnya, seramai tujuh pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat Seremban bersama sebuah jentera dikerahkan memberi bantuan dan berjaya memadamkan kebakaran dalam masa 19 minit.

“Roti yang terdapat di dalam lori itu tidak terbakar. Jumlah roti dan nilai kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN