LONDON – Pemain tengah Chelsea, Ruben Loftus-Cheek terus mengekalkan sikap positif berhubung situasinya yang jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama The Blues musim ini. Pemain antarabangsa England itu dilaporkan kurang gembira dengan masa bermain bersama Chelsea, terutamanya dalam saingan Liga Perdana England (EPL) apabila hanya dimasukkan sebagai pemain gantian. Bagaimanapun, pengurus Chelsea, Maurizio Sarri sentiasa menurunkan Loftus-Cheek dalam kesebelasan utama bagi saingan Liga Europa yang menyaksikan dia meledak hatrik ke atas BATE Borisov dua minggu lalu. Justeru, dia mungkin akan terus diberikan tanggungjawab membarisi bahagian tengah The Blues menjelang aksi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya