Liverpool tentukan nasib sendiri - Utusan Malaysia

Liverpool tentukan nasib sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 Nov. –Jurgen Klopp merasakan sudah tiba masanya untuk Liverpool menentukan hala tuju mereka sendiri kerana sudah melepasi fasa menjadi sebuah kelab besar.

Klopp melihat Liverpool kini berada dalam fasa kebangkitan terutama selepas Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamed Salah menandatangani kontrak baharu yang menyaksikan mereka akan kekal sehingga 2023.

Sebelum ini Anfield banyak kehilangan pemain utama mereka termasuk Luis Suarez, Raheem Sterling, Xabi Alonso, Fernando Torres, Javier Mascherano dan Philippe Coutinho ketika berada di puncak prestasi.

“Sekiranya pemain berada pada tahap terbaik di dalam karierny dan awak boleh melanjutkan kontrak, ia adalah lebih daripada sekadar kontrak ia adalah bukti kesungguhan. Saya gembira dengan situasi ini.

“Berlaku beberapa perubahan di dalam kelab ini sejak beberapa tahun lepas. Beberapa tahun lalu, ramai pemain meninggalkan kelab untuk berada di tempat lebih baik. Sekarang ini jelas, mereka mahu melangkah lebih jauh di sini,” kata Klopp.

Selepas Coutinho menyertai Barcelona, Januari lalu, Klopp mahu mewujudkan suasana lebih baik di dalam kelab bagi membolehkan Liverpool bersaing dengan kelab-kelab lain.

“Ini adalah situasi buat kami. Kita semua tahu pemain ini boleh menerima gaji lebih tinggi di kelab lain tetapi di sini ia bukan sekadar itu.

“Ia adalah sama ada mereka befikir mereka berada pada keadaan yang tepat di kelab yang betul. Jika mereka berfikir begitu, keadaan sangat baik untuk kami.

“Sekarang ini kami berada di dalam situasi pemain tidak mahu pergi, kami perlu kekal konsisten di tahap tertinggi, ini adalah cabaran terbaharu kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×