LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bersedia memecah rekod kelab sebanyak £85 juta (RM463.5juta) untuk dapatkan khidmat bintang Barcelona, Ousmane Dembele ke Anfield. Dembele telah hilang tempatnya di Barcelona selepas beberapa masalah yang timbul di kelab berkenaan dan yang terbaru, pemain sayap itu digugurkan dari skuad ketika berdepan Real betis selepas gagal menghadiri sesi latihan. Pemain berusia 21 tahun itu menyertai The Catalan dari Borussia Dortmund dengan yuran perpindahan sebanyak £135.5 juta (RM736.1juta)…










