Litrak rai penghuni rumah kebajikan - Utusan Malaysia

Litrak rai penghuni rumah kebajikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) menyampaikan sumbangan kepada 40 penghuni Pusat Kebajikan Thangam Illam, Pandan Indah, Selangor sempena sambutan Deepavali baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Eksekutif Litrak dan Sprint, Sazally Saidi berkata, pihaknya turut menjalankan aktiviti gotong-royong, membaiki peralatan yang rosak dan mengecat semula pusat kebajikan tersebut.

Jelasnya, selain Litrak, syarikat pengendali Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Lebuhraya SMART turut bersama meraikan penghuni di situ.

“Kami menyampaikan sumbangan dua buah kerusi roda yang bertujuan membantu warga emas dan kanak-kanak kurang upaya di rumah kebajikan itu.

“Menerusi aktiviti kema­syarakatan seperti ini diharap dapat meringankan beban me­reka dalam menyambut kemeriahan Deepavali,” katanya baru-baru ini.

Menurut Sazally, para penghuni rumah kebajikan itu turut menerima sumbangan wang tunai, makanan kesihatan dan keperluan rumah.

“Litrak, Kesas, Sprint dan SMART telah membelanjakan kira-kira RM30,000 bagi me­nganjurkan program ­tersebut.

“Kami berharap ia dapat memberi manfaat dan keselesaan kepada penghuni berkenaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN