Litar basah jejas kelajuan Hafizh - Utusan Malaysia

Litar basah jejas kelajuan Hafizh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Tuah ternyata tidak menyebelahi pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah apabila trek basah di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjejaskan tunggangannya pada sesi kelayakan di sini hari ini.

Pelumba Monster Yamaha Tech 3 itu yang sebelum ini mengharapkan cuaca baik dan permukaan litar kering sekadar mencatat kepantasan dua minit 16.825 saat (s) untuk memulakan perlumbaan dari kedudukan ke-23 esok.

Hafizh yang diberi jolokan ‘El Pescao’ mengakui sedikit kecewa dengan keadaan itu terutamanya selepas beliau berjaya mengatasi masalah jenteranya semalam untuk memperbaiki catatan masa pada sesi latihan bebas terakhir hari ini.

“Keadaan jentera saya hari ini lebih baik daripada semalam dan daripada FP3 saya yakin boleh buat lebih baik pada sesi kelayakan tetapi keadaan cuaca tidak mengizinkan.

“Saya tidak risau dengan pencapaian saya hari ini sebab ini kali pertama saya bersama jentera MotoGP dalam keadaan hujan. Hari ini saya terus pergi ke sesi kelayakan tanpa sebarang pengalaman berlumba dalam hujan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN