Lipan hidup dalam telinga - Utusan Malaysia

Lipan hidup dalam telinga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI 2 Nov. – Seorang wanita di negara ini terkejut apabila mengetahui bahawa seekor lipan ‘menghuni’ di dalam telinganya.

Lapor Mail Online, wanita berusia 52 tahun itu pada mulanya melakukan pemeriksaan di sebuah hospital di Chia­yi, barat daya Taiwan beberapa hari lalu selepas saluran telinganya berasa tidak selesa.

Wanita tersebut memberitahu doktor di Hospital Memorial Chang Gung bahawa dia mengesyaki terdapat ‘benda’ merangkak dalam telinganya.

Selepas Pengarah Jabatan Otolaringologi hospital berkenaan, Dr. Xu Zhengming memeriksa salur telinga wanita itu menggunakan otoskop, beliau mengesahkan terdapat serangga yang tidak dipastikan dalam salur telinganya.

Zhengming segera menyembur ubat bius untuk mengelakkan serangga ter­babit daripada menggigit dan mengeluarkan haiwan tersebut menggunakan penyepit.

Tambah Zhengming, pendengaran dan saluran telinga wanita itu tidak terjejas kerana keputusannya untuk mendapatkan rawatan segera.

April lalu, Zhengming juga mengeluarkan cengkerik dari dalam telinga seorang pesakit, disyaki berpindah dari anjing peliharaannya.

Serangga kecil kadangkala boleh memasuki telinga manusia dan jika berlaku, seseorang itu dinasihatkan segera berjumpa doktor supaya ia boleh dikeluarkan dengan selamat.

Jika dilakukan di rumah, risiko kecederaan atau bangkai serangga tertinggal dalam telinga boleh berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN