Lima SJKT daerah Kuala Muda terima sumbangan - Utusan Malaysia

Lima SJKT daerah Kuala Muda terima sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMBANGAN. Sebanyak lima buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di daerah Kuala Muda masing-masing menerima sumbangan RM1,000 melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat Hektar Property Services Sdn. Bhd. di Central Square Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Antaranya SJKT Arumugam Pillai, SJKT Kalaimagal, SJKT Somasundram, SJKT Mahajothi dan SJKT Saraswathy.

Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan, K. Kannan berkata, sumbangan daripada pihak Hektar Property Services Sdn. Bhd. bagi membantu sekolah-sekolah berkenaan amat dipuji serta wajar dicontohi syarikat korporat lain dalam usaha membantu memajukan persekolahan di luar bandar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada majlis penyerahan sumbangan ini, para pelajar daripada sekolah yang terlibat telah mengadakan persembahan tarian kebudayaan masyarakat Tamil kepada pengunjung pusat beli-belah Central Square Sungai Petani,” katanya.

Hadir sama menyaksi persembahan kebudayaan itu termasuk dua pegawai eksekutif pemasaran Central Square Sungai Petani iaitu Harmizal Omar dan Norasyikin Ramzan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN