KOTA TINGGI 15 Nov. – Kegiatan judi atas talian di lima lokasi berasingan di Sungai Rengit dan Bandar Penawar dekat sini terbongkar apabila diserbu malam kelmarin. Seramai lima lelaki tempatan ditahan dalam Ops Rempuh Kegiatan Perjudian Online yang dilakukan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dari pukul 10 hingga 12 tengah malam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, mereka yang ditahan itu berusia 20 hingga 37 tahun. “Mereka yang ditangkap pasukan petugas khas IPD Kota Tinggi itu termasuk penjaga dan juga penganjur judi atas talian,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya