Lima buku Malaysia diterjemah ke bahasa Jepun dilancar - Utusan Malaysia

Lima buku Malaysia diterjemah ke bahasa Jepun dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Maszlee Malik hari ini melancarkan lima buku terbitan Malaysia yang diterjemahkan ke bahasa Jepun dalam satu majlis yang berlangsung di Kinokuniya Shinjuku, Tokyo.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, judul buku-buku yang dilancarkan ialah Islamic Finance Fundamentals With Applications in Malaysia, The Basics of Islamic Finance With Applications in Malaysia, Hang Tuah: Catatan Okinawa, Halal: All That You Need To Know dan Beautiful Malaysia.

Maszlee yang kini berada di Tokyo kerana mengiringi lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke negara matahari terbit berkata, pelancaran lima judul itu merupakan permulaan kepada lebih banyak lagi projek terjemahan dan penerbitan buku-buku Malaysia ke bahasa Jepun.

“Usaha terjemahan dan penerbitan buku ini penting untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara,” katanya.

Jelas beliau, perkara itu bertepatan dengan kempen Dekad Membaca Kebangsaan yang digerakkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan KLBACA! iaitu kempen Kuala Lumpur ke arah Kota Buku Dunia 2020. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN