Lim Kok Wing terima pengiktirafan antarabangsa - Utusan Malaysia

Lim Kok Wing terima pengiktirafan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA 12 Nov.- Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Dr. Lim Kok Wing menerima pengiktirafan Anugerah Lagenda Inovasi oleh Persekutuan Dunia Perniagaan (WorldCob) yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Malah beliau merupakan individu pertama dalam badan itu yang menerima pengiktiran tersebut.

Menurut Pengasas Bersama dan Presiden WorldCob, Jesus Moran, penganugerahan itu bersempena usaha dan dedikasi Kok Wing dalam dunia pendidikan yang sekali gus berjaya melahirkan graduan pelbagai bidang.

“Beliau sepanjang hayatnya menabur bakti dalam bidang inovasi dan pendidikan dan berjaya mencipta peluang kepada orang ramai bagi mengilap bakat masing-masing dalam perniagaan.

“Sepanjang empat dekad, Kok Wing menjadi peranan utama dalam usaha pembangunan insan inovasi yang bukan sahaja dalam negara tetapi di peringkat antarabangsa,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Anugerah WorldCob di Universiti LimKokWing di sini hari ini.

Pada majlis sama, Universiti LimKokWing juga menerima Diamond Award oleh WorldCob kerana berjaya mengekalkan pengiktirafan Bizz Award sepanjang sembilan tahun berturut-turut.

Kedua-dua anugerah itu disampaikan oleh Moran kepada Naib Presiden (Penjenamaan, Kreativiti dan Pembangunan Bakat) Universiti Limkokwing, Datuk Tiffanie Marie Lim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN