KUALA LUMPUR 12 Nov. – Penjaga gol terbaik negara, S. Kumar bakal mengetuai misi memburu kedudukan 10 terbaik pada kejohanan hoki Piala Dunia 2018 di India, hujung bulan ini. Bagaimanapun bagi merealisasikan harapan itu, Malaysia Tigers perlu terlebih dulu melepasi ‘kumpulan maut’ yang dihuni bekas-bekas juara dunia. Ketua jurulatih hoki kebangsaan, Roelant Oltmans hari ini mengumumkan senarai 18 pemain yang bakal menggalas cabaran di Bhubaneswar dari 28 November hingga 16…









