Lemas di Pasir Mas, jumpa di Tumpat - Utusan Malaysia

Lemas di Pasir Mas, jumpa di Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 14 Nov. – Mayat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam Sungai Golok di Kampung Siput, Meranti sejak dua hari lalu di sini ditemukan di Kampung Simpangan, Tumpat kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian oleh penduduk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohd. Nazri Ab. Wahab ketika dihubungi berkata, mangsa ditemukan kira-kira sembilan kilometer daripada tempat dia terjatuh.

Menurutnya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk urusan selanjutnya sebelum diserahkan kepada keluarga.

“Mangsa dipercayai lemas pada Isnin lalu dan gerakan mencari serta menyelamat telah dilakukan sejurus kita menerima maklumat kejadian itu,” katanya.

Mohd. Nazri memberitahu, operasi tersebut turut mendapat bantuan pihak polis dan penduduk setempat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN