GAZA CITY 14 Nov. – Seorang penduduk Palestin maut akibat terkena tembakan tentera rejim Zionis di kawasan sempadan di utara Genting Gaza, semalam ketika Israel dan pejuang Palestin mencapai gencatan senjata bagi menghentikan keganasan antara kedua-dua pihak.
Menurut sumber keselamatan di Gaza, mangsa dikenali sebagai Nawaf al-Aatar, 20, ketika kejadian sedang menangkap ikan berhampiran pagar sempadan antara kedua-dua wilayah bergolak itu.
Jurucakap tentera Israel berkata, tentera mengesan beberapa orang suspek menghampiri pagar keselamatan dan melepaskan tembakan ke arah lelaki itu mengikut prosedur operasi standard. – AFP










