Lelaki maut, rakan parah kereta langgar pokok - Utusan Malaysia

Lelaki maut, rakan parah kereta langgar pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas kereta Proton Saga dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang pokok berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Rawang, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul kira-kira pukul 3 pagi itu, S. Saravana, 33, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya, K. Mathan yang juga 33 tahun mengalami kecederaan parah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pihaknya menerima makluman kejadian pada pukul 3.35 pagi sebelum 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan ke tempat kejadian.

“Mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis manakala mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN