SEBERANG PERAI – Seorang lelaki maut dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Taman Cegar, Simpang Ampat di sini hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa berusia 50-an yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui di dalam rumah oleh pihak bomba yang memadamkan kebakaran. Jurucakap itu berkata, seorang lagi mangsa yang merupakan wanita berusia 60-an melecur dan dihantar ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal bagi mendapatkan rawatan. Menurutnya, kebakaran berkenaan menyebabkan rumah teres dua tingkat itu hangus 70 peratus. – K!…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya