Lelaki mati dalam kereta - Utusan Malaysia

Lelaki mati dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 14 Nov. – Seorang lelaki berusia 52 tahun ditemukan mati dalam kereta berhampiran sebuah bengkel kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dekat Kampung Tanah Putih di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa, Zulkifli Isa dari Kampung Pulau Setelu di sini dipercayai mempunyai masalah jantung.

Katanya, dalam kejadian 11.40 pagi itu, orang awam yang melihat mangsa terbaring dan tidak sedarkan diri dalam kereta jenis Proton Wira telah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang bagi melaporkan kejadian itu.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk urusan pengesahan punca kematian.

“Pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan mengesahkan mangsa telah mengalami ‘Acute Coronary Syndrome’ atau pun masalah jantung,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Taufik, pemeriksaan awal juga menunjukkan tiada unsur-unsur jenayah.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN