Lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh tukang cuci, rakan lelaki - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh tukang cuci, rakan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang lelaki, malam tadi, bagi membantu siasatan kes bunuh seorang tukang cuci dan rakan lelakinya di sebuah rumah pangsa di Taman Ungku Tun Aminah, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, lelaki berumur 56 tahun itu ditahan pada 10 malam tadi selepas datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara, dekat Skudai, di sini.

“Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut terhadapnya dan dalam masa sama, polis juga sedang mengenal pasti individu lain yang mungkin terlibat dalam pembunuhan wanita (tukang cuci) dan lelaki tersebut,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Semalam, tukang cuci itu, K.Kamala, 51, dan rakan lelakinya, S. Silvaraja, 59, ditemui mati pada 9 pagi di rumah berkenaan oleh anak perempuan Kamala yang pulang dari bekerja.

Mayat Kamala ditemui di bilik tidur dengan kesan tetakan di belakang badan manakala mayat Silvaraja di ruang tamu.

Polis percaya sekurang-kurangnya dua suspek terlibat dengan pembunuhan bersenjatakan parang tersebut. – Bernama

Timbalan Ketua Polis Johor, Mohd Kamarudin Md Din (tengah) pada sidang media selepas melihat kawasanTimbalan Ketua Polis Johor, Mohd Kamarudin Md Din (tengah) pada sidang media selepas melihat kawasan kejadian bunuh di tingkat tiga sebuah rumah pangsa di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, semalam. – Foto Bernama
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN