KUALA LUMPUR 2 Nov. – Seorang penjaga tempat letak kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki senjata buku lima, semalam. A. Maniraj, 24, didakwa memiliki senjata itu di dalam beg silang berwarna coklat jenama Coach yang dipakai di Jalan Changkat, Bukit Bintang di sini, pada pukul 10.15 pagi, 1 November lalu. Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan…










