Leicester City akan bina tugu peringatan untuk memperingati Srivaddhanaprabha - Utusan Malaysia

Leicester City akan bina tugu peringatan untuk memperingati Srivaddhanaprabha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEICESTER – Leicester City telah mengesahkan kelab itu akan membina sebuah patung peringatan sebagai penghormatan kepada pemilik dan pengerusi mereka yang terakhir, Vichai Srivaddhanaprabha selepas maut dalam kemalangan helikopter.

Srivaddhanaprabha adalah salah satu daripada lima orang yang terbunuh apabila helikopter miliknya terhempas di luar Stadium King Power selepas terikat seri menentang West Ham pada 27 Oktober lalu.

Pihak pengurusan Leicester City turut merancang pelbagai cara untuk memberi penghormatan pada perlawanan Sabtu ini yang juga merupakan perlawanan pertama bermain di laman sendiri sejak kematian Srivaddhanaprabha.

Namanya melonjak naik apabila kepimpinannya memberi inspirasi kepada kelab untuk menjulang gelaran pertama Liga Perdana Inggeris pada musim 2015-2016.

Penyokong akan berarak melalui Leicester ke Stadium King Power, di mana peminat akan diberi skaf peringatan dan lencana pin ketika video penghormatan kepada Srivaddhanaprabha ditayangkan di layar besar.

“Kami tidak akan dapat membalas jasanya kepada kami, sebagai anaknya, sebagai ahli keluarganya, semua pihak yang berkaitan dengan kelab ini, kami akan terus memperingati dan menegakkan warisannya,” Kata naib pengerusi kelab yang juga merupakan anak kepada Srivaddhanaprabha, Aiyawatt Srivaddhanaprabha.

“Saya bercadang untuk membuat tugu bapa saya, di luar Stadium King Power, sebagai penghormatan yang kekal. Dia akan selamanya berada di dalam hati kita. Dia tidak akan dilupakan”. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN