Lebih 1,000 hadir himpunan bantah ICERD di ibu negara - Utusan Malaysia

Lebih 1,000 hadir himpunan bantah ICERD di ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 orang termasuk ahli parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai perhimpunan membantah hasrat kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), di ibu negara hari ini. 

Tinjauan Bernama mendapati peserta yang berpakaian serba putih mula berkumpul di sekitar kawasan Masjid Jamek di sini pada 12 tengah hari dan difahamkan mereka akan berarak ke kompleks beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman selepas Zuhur.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir ialah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Lokasi perhimpunan itu juga dikawal ketat oleh polis.

Perhimpunan anjuran Pemuda UMNO dan Pas itu dibuat susulan laporan media sebelum ini yang memetik beberapa menteri Pakatan Harapan bahawa Malaysia akan meratifikasi ICERD.

Rabu lepas, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rundingan dengan semua kaum akan diadakan sebelum Malaysia meratifikasi konvensyen tersebut selain mengakui ia bukan perkara mudah kerana negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum dengan masing-masing ada kepentingan sendiri. – Bernama

Orang ramai yang hadir bantahan ICERD hari ini. Foto oleh Bernama
Orang ramai yang hadir bantahan ICERD hari ini. Foto oleh Bernama
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN