KUALA KANGSAR – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam daripada tuduhan mencuri RM200 dua tahun lalu. Sa’dat Abdul Manab, 33, yang memakai baju kemeja berwarna hitam dan bersongkok itu sempat melakukan sujud syukur selepas Majistret Noorhidayah Mohd. Saad membuat keputusan. Sa’dat turut kelihatan sebak selepas diserbu rakan-rakan yang datang memberikan sokongan sepanjang prosiding berlangsung. Noorhidayah dalam penghakimannya memberitahu, pihak pendakwaan gagal…










