Langit gelap musim tengkujuh - Utusan Malaysia

Langit gelap musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ruang udara bandar Kuantan, Pahang diselubungi awan hitam menandakan hujan lebat akan turun dan bakal bermulanya musim tengkujuh terutama negeri-negeri Pantai Timur.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan juga terdedah kepada kenaikan air laut dijangka berlaku di perairan Pahang, Terengganu, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti di pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN