Lancar, tenang di Haramain - Utusan Malaysia

Lancar, tenang di Haramain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Jangan risau sangat, ikut saja program diatur. Mereka urus semua dah… peace of mind, jemaah boleh fokus ibadah.”

Lebih kurang begitulah nasihat rakan sepejabat yang pernah menggunakan perkhidmatan Tabung Haji Travel (TH Travel) sewaktu menunaikan umrah bersama keluarganya apabila saya mengadu akan kegusaran berkaitan persiapan diri untuk ke Tanah Suci. 

“Jangan lupa pergi kursus umrah, boleh walk in, tak perlu daftar, tak perlu bayar,” pesannya lagi.Maka pada 6 Oktober lalu, saya ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya (Masjid Besi) untuk berkursus. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia berlangsung pada setiap Sabtu selama tiga jam bermula 9 pagi. Lokasi lain kursus anjuran TH Travel ialah di Surau Tabung Haji, Jalan Tun Razak dan Surau Al-Ansor, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor.

Saya merupakan peserta umrah Pakej Delima iaitu yang paling ekonomi. Kumpulan ini terdiri daripada 43 orang termasuk seorang pegawai pengiring yang berperanan membantu pergerakan jemaah.

Segalanya amat lancar sedari awal melapor diri di kaunter TH Travel di balai pelepasan pada 16 Oktober. Mereka adalah satu-satunya pengendali umrah yang diberi kebenaran membuka kaunter di KLIA.

Saya dan peserta lain juga diberi laluan khas untuk urusan daftar masuk bagasi. Sangat efisien! Macam VIP walhal kami adalah jemaah pakej ekonomi yang bermula pada harga daripada RM5,190.

Perjalanan yang panjang namun lancar, kami tiba di Jeddah menjelang Subuh keesokannya disambut sekumpulan petugas TH Travel yang bertugas secara tetap di Arab Saudi. Mereka adalah sebahagian daripada 20 petugas yang ditempatkan di Jeddah, Madinah dan Mekah.

Petugas inilah yang akan muncul menyambut serta membantu ketibaan atau pelepasan jemaah di hotel mahupun di lapangan terbang. Pendek kata mereka berada di mana-mana sahaja untuk membantu. 

Dari Jeddah, kami menempuhi satu fasa perjalanan darat ke Madinah yang mengambil masa kira-kira enam jam. Namun dengan bas yang selesa ditambah keterujaan untuk menziarahi Masjid Nabawi, pusat perkembangan agama Islam, perjalanan tidak terasa memenatkan. 

Kumpulan kami dibimbing oleh seorang mutawif yang merupakan penduduk tempatan bernama Ustaz Abdullah.  Orangnya lemah lembut membuatkan jemaah cepat selesa dan serasi.

Kami berada di Madinah selama tiga hari dan menginap di Hotel Saja Al Madinah yang terletak 300 meter dari dataran Masjid Nabawi.

Selain beribadah, turut diatur ialah ziarah dalam (makam Rasulullah SAW, Raudhah, perkuburan Baqi’) dan ziarah luar (Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, makam penghulu shuhada dan medan peperangan Khandaq).


Selesa

Makan? Jangan risau, ada bufet selera rakyat Malaysia dan antarabangsa tiga kali sehari di ruang khas untuk jemaah TH Travel sahaja, baik di hotel penginapan di Madinah mahupun Mekah. 

Pada 20 Oktober, kami yang lengkap memakai ihram berlepas ke Mekah yang mengambil masa kira-kira lima jam perjalanan. Di dalam bas, sebagaimana biasa mutawif memberikan tazkirah ringkas serta menjawab soalan-soalan berbangkit berkaitan umrah. Kami singgah di Masjid Bir’ Ali untuk memasang niat umrah dan meneruskan perjalanan yang sangat lancar sewaktu para jemaah larut dalam bacaan talbiah penuh makna.

Di Mekah, kami menginap di Hotel Firdous Al Umrah, dalam kawasan Misfalah dan terletak kira-kira 650 meter dari dataran Masjidil Haram. Untuk pakej umrah lain, lokasi hotel adalah lebih dekat dan selesa dengan yang paling hampir berjarak 50 meter sahaja. Malah jika anda mahukan pakej custom serba istimewa, TH Travel juga mampu menyediakannya.

Kerana itu tidaklah pelik wujud persepsi kononnya pakej-pakej umrah TH Travel adalah lebih mahal sedangkan pilihan yang ditawarkan adalah kompetitif dan memberikan lebih nilai.

Selepas sejam tiba di hotel,  kami berkumpul semula dan dibawa menyempurnakan tawaf umrah, saie dan tahalul dengan bimbingan mutawif.

Walaupun Mekah mula sesak dengan kemasukan umat Islam dari seluruh dunia, kami berjaya menyempurnakan semua rukun dengan lancar.

Sepanjang tujuh hari di Mekah,  kami berpeluang menunaikan umrah tiga kali dan turut dibawa menziarahi antaranya Padang Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah dan Mina.

Segalanya lancar dengan persiapan rapi TH Travel yang membuka bilik operasi di Mekah dan Madinah diketuai seorang penyeleras dari tanah air. Dari aspek bimbingan umrah, mereka turut menyediakan seorang guru agama pakar sebagai sumber rujukan peserta.

Pada hari berangkat pulang, saya berpisah seketika dengan jemaah yang lain dan meninggalkan Mekah dengan menaiki Kereta Api Laju Haramain yang baru seminggu memulakan operasi percubaan.

 

PENULIS (kanan) merakamkan kenangan di hadapan Kereta Api Laju
PENULIS (kanan) merakamkan kenangan di hadapan Kereta Api Laju Haramain.

Ia menghubungkan Mekah dan Madinah melalui Jeddah dan King Abdullah Economic City. Kelajuannya mencecah 300 km/j namun kerana masih dalam percubaan, ia hanya memecut setakat 190km/j. Tiada gegaran dan kalis bunyi! Hanya mengambil masa 25 minit untuk tiba di Jeddah.

Saya difahamkan, TH Travel secara serius mempertimbangkan untuk memasukkan pengalaman menaiki Kereta Api Laju Haramain sebagai salah satu pengisian pakej umrahnya. Langkah ini bukan luar biasa jika mengambil kira reputasi TH Travel yang menjadi peneraju perkhidmatan umrah di negara ini.

Saya kembali menyertai jemaah yang menaiki bas sewaktu mereka transit di sebuah hotel untuk makan tengah hari, solat dan berehat. Walaupun sekadar berlegar di lobi, dapatlah merehatkan badan di sofa empuk tanpa perlu lama menunggu di lapangan terbang.

Sebagaimana lancarnya urusan pelepasan di tanah air, begitulah juga sewaktu kami berlepas pulang pada petang 26 Oktober.

Benarlah kata rakan sepejabat saya: peace of mind.

Peserta Umrah, Anuar Mohd. Yusof
Peserta Umrah, Anuar Mohd. Yusof 

“Sangat puas hati dari segi layanan staf, penginapan dan makan minum. Saya akan syorkan kepada adik-beradik dan rakan-rakan untuk guna perkhidmatan umrah TH Travel,”

– Anuar Mohd. Yusof, 55 

Peniaga

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peserta umrah, Abdul Azir Hashim
Peserta umrah, Abdul Azir Hashim 

“Alhamdulilah memuaskan, saya pun tak perlu fikir hal-hal logistik kerana semua diuruskan TH Travel, peserta boleh tumpu kepada urusan ibadah sepenuhnya,”

– Abdul Azir Hashim, 65

Pesara polis

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peserta Umrah, Omar Shaari
Peserta Umrah, Omar Shaari 

“Cemerlang, bayar pakej ekonomi tapi layanan macam pakej mahal. Boleh bagi kredit kepada TH Travel,”

– Omar Shaari, 49

Petani

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×