Lambakan kontena sisa pepejal - Utusan Malaysia

Lambakan kontena sisa pepejal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI –Kerajaan mendedahkan terdapat cubaan pihak tertentu untuk cuba membawa masuk 175 kontena sisa pepejal walaupun Lesen Import (AP) barangan itu telah dihentikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak Oktober lalu.

Menterinya, Zuraida Ka­maruddin berkata, tindakan tidak bertanggungjawab berke­naan telah menyebabkan Pelabuhan Pulau Pinang menjadi sesak apabila kontena yang belum diisytiharkan itu ditahan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Katanya, semua kontena yang masih belum dituntut itu kini terkandas di Terminal Kontena Butterworth Utara di pelabuhan tersebut.

“Sebelum mendapat kelulusan kementerian untuk mengimport plastik, pengimport telah membuat pesanan (terlebih dulu) daripada negara pengeluar dan hanya akan isytihar ke dalam permohonan sebaik barangan itu tiba.

“Oleh sebab itu, kastam telah menyekat kontena-kontena tersebut dan mereka (pengimport) tidak membuat tuntutan sehingga mengganggu ruang dan suasana di pelabuhan,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau kontena sisa sampah plastik di Pelabuhan Pulau Pinang di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN