Lagu ‘Grateful’ inspirasi Hafizh - Utusan Malaysia

Lagu ‘Grateful’ inspirasi Hafizh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 1 Nov. – Dapt memberi tumpuan penuh dan turun dengan motivasi tinggi antara elemen penting yang perlu dicari setiap pelumba MotoGP sebelum memulakan perlumbaan.

Mendengar muzik, antara cara kebanyakan atlet mengurangkan tekanan serta mendapat inspirasi untuk memburu keputusan terbaik.

Pelumba dari Sepanyol, Jorge Lorenzo antara pelumba yang tidak pernah lekang memakai fon telinga setiap kali menjelang perlumbaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika juara MotoGP dunia tiga kali itu menyukai alunan muzik bergenre rock daripada Oasis, Linkin Park, Sum 41 dan Red Hot Chilli Peppers, pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah pula gemar mendengar lagu bertajuk Grateful dendangan kumpulan rap dan hip hop dari Kanada, Deen Squad.

Lagu tersebut sering dimainkan ketika Hafizh berada dalam kotak perlumbaan sebelum memulakan saingan.

“Saya suka mendengar lagu Deen Squad – Grateful. Ia memberikan saya motivasi untuk berlumba,” kata pelumba Monster Yamaha Tech 3 berusia 24 tahun itu dalam sidang akhbar menjelang Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini hari ini.

Dalam masa sama, Hafizh turut teruja menceritakan pasukannya kini mempunyai lagu tema iaitu Mini-Mini-Mini nyanyian Jacques Dutronc dari Perancis bagi menyuntik ‘mood’ gembira sebelum perlumbaan.

“Lagu ini klasik tahun 60-an berbahasa Perancis. Liriknya berkisarkan tentang semua benda yang mini seperti kereta mini, skirt mini dan lain-lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini