Lagi kes objek dibuang dari flat - Utusan Malaysia

Lagi kes objek dibuang dari flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang remaja terpaksa menerima 15 jahitan di kepala selepas dihempap roda basikal yang dibuang dari tingkat atas flat dalam kejadian di tempat letak motosikal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, Muhammad Iqmal Abdul Razak, 19, baru turun dari rumahnya di tingkat enam bersama seorang rakan dan berjalan sambil berbual untuk pergi ke tempat letak motosikal di bawah flat tersebut.

“Sedang saya dan rakan berjalan, kepala saya secara tiba-tiba menjadi amat berat seperti hendak pecah selain saya juga rasa hendak pengsan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya hanya mengetahui ke­pala saya ditimpa roda basikal yang jatuh dari flat selepas rakan saya beritahu,” kata pekerja penghantar makanan dan kelindan lori itu semasa dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN