Lagi kejadian tanah runtuh hempap dapur rumah di Kuala Pilah  - Utusan Malaysia

Lagi kejadian tanah runtuh hempap dapur rumah di Kuala Pilah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Sebuah lagi rumah di daerah ini mengalami kerosakan teruk akibat di hempap tanah lereng bukit runtuh selepas sebuah rumah di Kampung Pelangai Hilir dekat sini ditimpa kejadian serupa pada 4 November lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam tadi, dapur sebuah rumah di Kampung Kuala Talang di sini roboh menyebabkan empat penghuninya terpaksa dipindahkan buat sementara waktu bagi menjamin keselamatan mereka.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, kejadian tanah lereng bukit runtuh di Kampung Kuala Talang itu berlaku disebabkan hujan lebat.

“Kami menerima penggilan kecemasan pada pukul 10.35 malam sebelum sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati tebing bukit setinggi 15 meter yang terletak kurang satu meter di belakang rumah itu runtuh dan memasuki sebahagian dapur kediaman berkenaan.

“Kita anggarkan tanah yang runtuh terkena rumah itu setinggi tiga meter. Semua penghuni selamat ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan dapur sebuah rumah roboh di Kampung Pelangai Hilir dekat sini roboh akibat di hempap tanah lereng bukit runtih dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi.

Tanah lereng bukit setinggi kira-kira 30 meter yang terletak empat meter di belakang rumah itu runtuh akibat hujan lebat yang melanda kampung berkenaan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku kerana penguni rumah berkenaan tiada di rumah semasa kejadian itu berlaku.

Norazam berkata, empat sekeluarga di rumah Kampung Kuala Talang itu turut diarahkan mengosongkan rumah berkenaan dengan segera bagi mengelakkan kejadian tidak diingini jika runtuhan berlaku sekali lagi.

Menurut beliau, penghuni dua rumah lain yang terletak bersebelahan rumah berkenaan turut diminta mengosongkan rumah masing-masing sehingga keadaan dipastikan selamat.

“Keseluruhan penghuni rumah terlibat seramai tujuh orang termasuk seorang warga emas perempuan dan seorang lelaki warga emas yang lumpuh,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN