KUALA LUMPUR 13 Nov. – Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) melancarkan fasa kedua aplikasi MyPesara dengan perkhidmatan kewangan dan kesihatan yang lebih komprehensif.
Aplikasi itu kali pertama diperkenalkan KWAP pada Julai tahun lalu merupakan sebahagian daripada pendekatan strategik dana persaraan itu bagi memudahkan pesara mendapatkan pelbagai maklumat sejajar dengan perkembangan era digital.
Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Syed Hamadah Othman berkata, antara penambahbaikan dalam aplikasi itu termasuklah rekod perubatan mudah alih, fungsi e-kad dan hab maklumat dengan modul e-pembelajaran dalam pengurusan persaraan, pengurusan kewangan dan khidmat nasihat.
Aplikasi MyPesara boleh dimuat turun di Google Play dan App Store. Ciri-ciri terbarunya boleh diakses dalam tempoh 10 hari. – UTUSAN ONLINE











