KUALA LUMPUR – Kuota rasmi jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1440H/2019M adalah seramai 30,200 orang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan lisan Datin Mastura Mohd. Yazid (BN-Kuala Kangsar) berhubung kuota haji untuk 2019 berkata, mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) (english: Organisation of Islamic Cooperation) pada 1978 di Amman, Jordan telah memutuskan bahawa Arab Saudi menetapkan kuota haji setiap negara pada kadar 0.1 peratus. Jumlah itu dikira berdasarkan penduduk sesebuah negara berasaskan perangkaan Prospek Populasi Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations World…










