HAMPIR enam bulan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) hasil daripada ‘kuasa rakyat’ yang mahukan perubahan dalam corak pemerintahan negara yang dibuat melalui Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). PH semasa menjadi pembangkang sering melaung-laungkan gerakan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan BN yang diketuai UMNO dengan pelbagai persepsi negatif, bukan sahaja semasa kempen PRU-14 tetapi sudah kedengaran sejak zaman reformasi 20 tahun lalu. Melalui pelbagai gerakan, tohmahan…










