Seorang rakan lama tanpa segan mengaku dia tidak lagi membeli surat khabar sejak hampir lima tahun lalu. Bukan soal wang yang perlu dibayar, sebaliknya dia mendakwa tidak lagi mempercayai golongan wartawan. Menurut kepercayaannya, mereka yang kerjanya mencatat berita dan peristiwa itu sudah hilang kredibiliti. Lelaki lulusan sebuah universiti awam itu kemudian tanpa berselindung mengaku dia kini lebih mempercayai dan menggemari berita-berita yang dipaparkan melalui page (laman) bebas di Facebook. Ketika…










