KPM nafi pelajar cemerlang tidak dibenarkan duduki SPM - Utusan Malaysia

KPM nafi pelajar cemerlang tidak dibenarkan duduki SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 10 Nov.- Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan seorang pelajar cemerlang di sebuah sekolah di Parit Buntar, Perak tidak dibenarkan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tidak mempunyai MyKad.

Kementerian itu dalam kenyataannya berkata, pelajar terbabit telah didaftarkan untuk menduduki SPM 2018 dan slip peperiksaan juga telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan sebagai pengesahan kelayakan.

“Syarat kelayakan pendaftaran SPM yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan ialah membenarkan mana-mana pelajar tingkatan lima yang bersekolah dan mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari pada tahun peperiksaan didaftarkan.

“Pelajar yang didaftarkan boleh menduduki SPM walaupun tidak mempunyai MyKad. Tiada isu pelajar berketurunan Kemboja itu tidak boleh menduduki peperiksaan SPM tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam beberapa portal berita melaporkan seorang pelajar cemerlang menghadapi dilema untuk menduduki SPM kerana permohonan memiliki MyKad sejak berusia 12 tahun tidak diluluskan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut kementerian itu lagi, sistem akan menjana satu nombor pengenalan diri bagi calon yang tidak mempunyai MyKad untuk tujuan pendaftaran bagi menduduki SPM.

“Semasa peperiksaan, calon boleh mengemukakan mana-mana dokumen pengenalan diri bergambar kepada ketua pengawas peperiksaan seperti pasport, lesen memandu atau borang LP/Am 118-Borang Pengenalan Diri Calon yang disediakan oleh pihak sekolah,” katanya.

Selain itu katanya, pihak sekolah telah mengadakan pertemuan dengan penjaga dan pelajar itu bagi menjelaskan bahawa pelajar terbabit boleh menduduki peperiksaan yang akan bermula pada 13 November ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN