KPM buka langkah terhadap rancangan universiti Jepun buka cawangan di Malaysia - Utusan Malaysia

KPM buka langkah terhadap rancangan universiti Jepun buka cawangan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Nov. – Kementerian Pendidikan telah memulakan langkah memberi sokongan terhadap rancangan universiti-universiti Jepun untuk membuka cawangan masing-masing di Malaysia.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya telah mula memberikan sokongan daripada aspek pencarian lokasi, memudah cara proses permohonan penubuhan, pendaftaran dan piawaian serta soal pengambilan pelajar.

Menurut beliau, satu institusi pengajian tinggi (IPT) Jepun yang telah menyatakan hasrat membuka cawangan adalah Universiti Tsukuba selaku universiti tertua di negara itu.

“Turut merancang menubuhkan kampus cawangan adalah Nippon Designers School dan Ritsumeikan Asia Pasific University.

“Kementerian Pendidikan memberikan komitmen dan sokongan padu bagi merealisasikan hasrat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar universiti-universiti Jepun menubuhkan cawangan mereka di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN