PUTRAJAYA 6 Nov. – Kementerian Pendidikan telah memulakan langkah memberi sokongan terhadap rancangan universiti-universiti Jepun untuk membuka cawangan masing-masing di Malaysia. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya telah mula memberikan sokongan daripada aspek pencarian lokasi, memudah cara proses permohonan penubuhan, pendaftaran dan piawaian serta soal pengambilan pelajar. Menurut beliau, satu institusi pengajian tinggi (IPT) Jepun yang telah menyatakan hasrat membuka cawangan adalah Universiti Tsukuba selaku universiti tertua di negara itu. “Turut merancang menubuhkan kampus cawangan adalah Nippon Designers School dan Ritsumeikan Asia Pasific University. “Kementerian Pendidikan memberikan komitmen dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya