TAPAH 14 Nov. – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyita 236 tong Gas Petroleum Cecair (LPG) pelbagai jenama bernilai RM23,272 dalam serbuan di Temoh, kelmarin. Serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 6 petang itu adalah hasil maklumat awam dan risikan selama dua minggu. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Tapah, Mohd. Ziyad Ismail berkata, selain merampas tong gas dengan berat keseluruhan 2,312 kilogram, pihaknya turut menyita sebuah lori…










