SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan merampas lebih 1,000 pasang kasut tiruan bernilai kira-kira RM38,000 dalam satu operasi di Senawang dekat sini semalam. Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Zubir Hamsa berkata, sebanyak dua buah premis menjual kasut pelbagai jenama diserbu dalam operasi kira-kira pukul 5 petang tersebut. “Operasi yang disertai 10 pegawai penguatkuasa ini dijalankan berdasarkan hasil risikan. Operasi turut disertai wakil…










