KPDNHEP Johor rampas 9,862kg gas LPG - Utusan Malaysia

KPDNHEP Johor rampas 9,862kg gas LPG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Johor berjaya membongkar kegiatan sebuah syarikat menyimpan 9,862 kilogram (kg) Gas Petrolium Cecair (LPG) bernilai RM72,647.80 tanpa lesen di Jalan Permas 4, Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Pasir Gudang dekat sini Jumaat lalu.

Lebih licik syarikat berkenaan menggunakan taktik menyimpan barang kawalan tersebut di sebuah premis berpagar tanpa papan tanda sebagai tempat simpanan sementara sejak lima bulan lalu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Pengarah KPDNHEP negeri, Khairul Anwar Bachok berkata, pihaknya melakukan intipan selama dua minggu hasil daripada maklumat yang disalurkan orang awam sebelum melakukan serbuan pada pukul 9 pagi, 9 November lalu.

“Selepas melakukan pemeriksaan pihak kita mendapati 32 tong LPG 12kg, LPG 14kg (637 tong) dan LPG 50kg (14 tong) yang disimpan di atas tiga buah lori di dalam premis terbabit dan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM342,647.80.

“Pemeriksaan lanjut terhadap rampasan terbesar itu mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen untuk menyimpan barang kawalan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Stor KPDNHEP Senai di sini hari ini.

Khairul Anwar berkata, selain menyita gas dan lori, pihaknya turut menahan pemilik stor simpanan dan pekerja warga Indonesia berusia 40-an untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN