JAKARTA, 1 Nov (Bernama) – Kotak hitam pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lepas dilaporkan ditemui di perairan Tanjung Karawang, pagi ini. Menurut siaran langsung sebuah televisyen tempatan, TV One yang mengikuti operasi pencarian itu, kotak hitam dan sebahagian bangkai pesawat itu ditemui pasukan penyelam tentera Indonesia, kira-kira jam 10.30 pagi ini. Setakat 11 pagi waktu Indonesia barat, belum terdapat makluman rasmi berkenaan penemuan itu oleh pihak berkuasa Indonesia. Mengikut…










