Kos sara hidup tinggi punca ‘duit tepi’ - Utusan Malaysia

Kos sara hidup tinggi punca ‘duit tepi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Bebanan kos sara hidup tinggi merupakan salah satu punca gejala ‘pau’ pekerja asing berleluasa dalam kalangan penguat kuasa di negara ini.

Pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abd. Rahim berkata, tidak dinafikan perkara itu berlaku disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh segelintir anggota berkenaan le­bih-lebih lagi selepas ditugaskan di bandar-bandar besar di seluruh negara.

“Aktiviti pemerasan terhadap pekerja asing termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) telah menjadi satu punca pendapatan tambahan atau dipanggil ‘duit tepi’ bagi mereka khususnya dalam membantu menyara keluarga setiap bulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam kes ini, saya percaya dakwaan itu hanya merujuk kepada sesetengah anggota polis, imigresen serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tanpa melibatkan individu lain yang masih berintegriti dan amanah dalam menjalankan tugas seharian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Shahul Hamid menambah, bagi menangani jenayah pemerasan melibatkan anggota penguatkuasaan, ketua jabatan harus komited memainkan peranan dengan membuat siasatan rapi serta pemantauan khusus secara berkala dalam unit masing-masing.

“Sudah sampai masanya pi­hak atasan mewajibkan anggota­nya membuat putaran kerja atau rotation ke setiap unit bagi mengelakkan mereka terdedah kepada aktiviti salah laku dalam sesuatu jabatan dalam tempoh masa yang lama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN