Korea Utara benarkan pemeriksa masuk kompleks nuklear - Utusan Malaysia

Korea Utara benarkan pemeriksa masuk kompleks nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 28 Nov. – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bersedia membenarkan kumpulan pemeriksa memasuki kompleks utama nuklear negara ini di Yongbyon.

Menurut sumber kanan diplomatik, kesediaan itu dizahirkan kepada Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dalam persidangan antara kedua-duanya pada September lalu.

“Difahamkan jika Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah sepadan beliau (Jong-un) bukan sahaja bersedia menutup kemudahan nuklear Yongbyon malah membenarkan pemeriksaan,’’ katanya yang dilaporkan agensi berita Korea Selatan, Yonhap.

Sumber berkenaan berkata, Jae-in telah menyampaikan pesanan tersebut pemimpin Korea Utara itu kepada Presiden Donald Trump ketika pertemuan kedua-duanya semasa Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada September lalu.

Sebelum ini Jong-un bersedia untuk menutup tapak itu jika Washington mengambil langkah `sama’ namun tidak membenarkan pemeriksaan dilakukan. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN